AL-FATIHAH buat Abah,
Yunus bin Nasiman.
2 Rabiulawal.
Genap 3 tahun kita berpisah alam…
Sekarang, setiap kali pergi ke kubur abah, saya masih boleh menangis.
Bukan kerana saya tidak reda,
tetapi kerana semakin hari, semakin banyak perkara yang saya mula faham.
Betapa beratnya ujian dunia yang abah cuba sampaikan.
Betapa risaunya abah memikirkan anak-anak,
tentang bagaimana kami akan mengharungi kehidupan ini setelah abah tiada.
Dulu, kami mungkin melihat garangnya abah sebagai sesuatu yang menakutkan.
Hari ini, baru kami faham…
garangnya abah bersebab.
Abah sedang cuba mengajar kami untuk kuat.
Untuk bertahan.
Untuk tidak mudah mengalah dengan dunia.
Rupanya, di sebalik suara yang tegas itu ada hati seorang ayah yang sangat risaukan anak-anaknya.
Abah mungkin tidak sempat melihat sejauh mana kami melangkah,
tetapi segala pesan, ketegasan dan didikan abah masih kami bawa sampai hari ini.
Terima kasih, abah.
Untuk segala yang pernah abah ajarkan,
termasuk perkara yang dahulu kami tidak mengerti.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa abah,
melapangkan kubur abah,
menerangi alam barzakh abah,
dan menempatkan abah bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah buat abah.
Semoga suatu hari nanti, kita dipertemukan kembali di tempat yang tidak ada lagi perpisahan. 🤍
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.
