Saturday, May 02, 2015

Bubur Sotong

Saya masih baru dalam dunia masakan. Sebelum ni xde mood nk blaja masak sebab rasa susah sangat nak blaja masak ni.. cube blaja dengan mak,tp masih banyak yang fail.. part 'merasa' yang selalu fail.. hihi.. nasib baik cik suami x marah.. perlahan2 belaja katanya.. Thanks Zauji..

Jadi, nak share kat sini jika ianya menjadi..

Pagi ni sarapan simple je.. bubor sotongg.. heee.. mula2 nak wat nasi goreng. Tp tgok nasi cume sikit jd wat bubur jelah.. wat bubur ni paling senang kan... ok nak share cara wat walaupun xsusah nak buatnye.. hihi

Bahan2 (utk makan 2 orang)
-Nasi+air 3/4 dari nasi
-Lobak Oren sikit je (potong dadu kecil2)
-Sotong 2/3 ekor cukup kot(potong kecil2)
-Cendawan kering (6keping)
-Bawang goreng
-Lada hitam 7biji ditumbuk (ikutla nak pedas camna)
-Garam

Cara2:
1. Rebus nasi tu hingga jadi bubur.
2. Masukkan lobak yg dah dipotong dadu, cendawan kering, sedikit garam dan lada hitam. Kacau sebati.
3. Bila air bubur nak mencapai aras nasi (nak kering), masukkan sotong. jgn lama2 nanti sotong jadi keras/liat.
4. Hidang.. tabur bawang goreng at as bubur..
5. Siap dan sedia utk dimakan.. With bismillah :)