Saturday, April 07, 2012

Demi Masa..


Bismillah…

Hari ni hari sabtu. Cuti. Kemalasan mula bertanduk lagi. Padahal macam-macam perkara perlu disiapkan. Penyakit malas tu ubatnya adalah kesedaran diri sendiri. Tiada istilah rehat walau sesaat dalam hidup ini. Jangan dibiar masa terbuang pergi.

Demi masa!

Ya.. permulaan surah al-Asr yang pendek tetapi mengandungi nilai makna tersirat dan tersurat yang begitu tinggi. Hargailah masa kerana setiap masa yang berlalu menandakan kita semakin hampir dengan kematian. Persiapkan diri dengan bekalan sebelum melangkah berjuang menemui Tuhan.