Tuesday, November 13, 2012

Jom elak maksiat

“Nak berubah…”
“Nak berubah jadi baik..”
“Cuba nak jadi SOLEHAH”
Cehh.. bila da buat salah baru cakap nak berubah…
Benda takkan berubah jika kita tak buat..
Then, camna nak berubah? Jom cuba ikut macam kat bawah ni..
Tapi..berubah bukan sekadar sekali buat…
Cuba istiqamah dalam diri…
Lama-lama akan jadi biasa..insyaAllah..




Love u Allah



Tatkala azan berkumandang, beratnya menunaikan kewajipan terhadapMu..
Tatkala merasa siang berlalu dan malam berlabuh, malasnya membaca mathurat untuk berdoa padaMu..
Tatkala terpandang lembaran suciMu, sukarnya untukku membukanya..

Ya Allah, aku tetap mahu berkata aku Cinta padaMu.. meskipun aku masih melakukan laranganMu, Masih merasa malas melaksanakan suruhanMu dan payah melakukan perkara yang Kau sukai.. Agar aku boleh kembali taat padaMu dengan kesedaran kalimah Cinta yang aku tuturkan… Jangan biarkan diriku terkapai-kapai dalam arus dunia...

LOVE... never DiE



I Love You Rasulullah

I Love You Mom and Dad

I Love You Sisters and Brothers

I Love You Friends

I Love all of YOU

......................


Wednesday, September 05, 2012

Kisah 2 orang sahabat..(◕‿◕)



Sahabat 1: Bila awak nak kahwin? Dah ada calon?
Sahabat 2: Wallahua'lam.. Alhamdulillah, saya dah ada calon cuma belum bertemu lagi..
Sahabat 1: Kenapa tak bertemu lagi?
Sahabat 2: Allah belum izinkan..
Sahabat 1: Apa maksud awak sebenarnya? (keliru)
Sahabat 2: Alhamdulillah, saya memang dah ada calon cuma Allah belum izinkan untuk saya bertemu dengannya.. jodoh saya Allah telah tetapkan sejak azali lagi..
bila masanya telah tiba, dia akan datang ke rumah saya menyunting saya saebagai isterinya yang halal..
Sahabat 1: Awak tak risau ke, tak kenal, tiba-tiba saja nak nikah..
Sahabat 2: Tak perlu risau.. janji Allah itu kan pasti.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya.. jika kita nakkan sebuah rumah tangga yang diberkati, peliharalah ia dari awal lagi..

"Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya..(Imam Hassan al-Banna)

Alhamdulillah, ibu ayah saya dulu pun tak pernah bercinta dan tak pernah kenal antara satu sama lain..
Alhamdulillah, rumah tangga mereka bahagia dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..

Sahabat 1: Tapi, bukan senang nak jaga hati.. yela, orang perempuan ni kan mudah cair dengan kata-kata manis lelaki...
Sahabat 2: Pesan seorang murabbi saya, kita yang hidup di zaman moden ini hanya diuji dengan ujian yang sedikit, ujian 'perasaan', sedangkan zaman nabi dahulu, srikandi-srikandi islam mereka diuji dengan ujian yang begitu berat.. seperti, Sumayyah dan isteri nabi Ismail, Hajar.. tapi, mereka tak pernah mengeluh..
Sahabat 1: Diorang lain, kita lain..
Sahabat 2: Kita semua sama sahaja.. yang membezakan kita adalah sejauh mana tahap ketaqwaan kita kepada Allah..
Sahabat 1: Bukan senang..
Sahabat 2: Saya pun pernah terjatuh dulu tapi saya tak pernah menyerah kalah.. bangkitlah semula.. kembalilah kepada Allah.. tanamkanlah dalam hati ini rasa cinta dan takut pada Allah.. dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. jadilah seperti srikandi islam, Rabi'atul Adawiyah, agung cintanya pada Allah..
Sahabat 1: Jauhnya saya tersasar..
Sahabat 2: Jangan risau.. awak masih ada masa lagi untuk kembali kepada Allah..
mengadulah padanya.. semakin jauh kita meninggalkan Allah, semakin dekat Allah dengan kita sebenarnya, malah Dia mahu kita kembali dan mengadu kepada-Nya..
Carilah teman-teman solehah yang boleh membantu mendekatkan diri awak kepada-Nya.. jangan disiakan usia muda kita dengan perkara yang sia-sia..
Sahabat 1: Mulianya hati awak.. sebenarnya, saya malu dengan awak..
Sahabat 2: Kita kan dah lama bersahabat.. Tak perlu rasa malu dengan saya..
Saya insan biasa juga macam awak, selalu melakukan kesilapan tetapi saya cuba bangkit dari kesilapan yang pernah dilakukan..(
◕‿◕)

(¯`•.
 Aku MENASIHATIMU sahabat bukanlah bermakna aku telah menjadi HAMBA Allah YANG TERBAIK tetapi sememangnya dalam kehidupan ini, kita perlu saling BERPESAN ke arah KEBENARAN DAN KEBAIKAN.. bukankah kita sama-sama ingin BERPIMPIN TANGAN ke syurga Allah? Mari sahabat, izinkan aku MEMEGANG ERAT TANGANMU, sama-sama kita menuju mencari REDHA ILAHI.. ♥♥

Saidatina Aisyah r.a berpesan: "sebaik-baik wanita adalah yg tidak memandang & tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikan mu sehingga kau dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak & dimiliki sesiapa saja. Muliakanlah dirimu dngn taqwa, setanding mutiara zabarjad, yang mampu dimiliki penghuni syurga.."

Allahu Allah..

Sumber: 1 @  2


Saturday, April 07, 2012

Demi Masa..


Bismillah…

Hari ni hari sabtu. Cuti. Kemalasan mula bertanduk lagi. Padahal macam-macam perkara perlu disiapkan. Penyakit malas tu ubatnya adalah kesedaran diri sendiri. Tiada istilah rehat walau sesaat dalam hidup ini. Jangan dibiar masa terbuang pergi.

Demi masa!

Ya.. permulaan surah al-Asr yang pendek tetapi mengandungi nilai makna tersirat dan tersurat yang begitu tinggi. Hargailah masa kerana setiap masa yang berlalu menandakan kita semakin hampir dengan kematian. Persiapkan diri dengan bekalan sebelum melangkah berjuang menemui Tuhan.


Sunday, March 18, 2012

Jiwa hamba berdosa




Ya Ilahi…
Aku menangisi nasib diri ini..
Pura-pura atau hakiki?
Tidak ku ketahui
Yang pasti
Aku menyesali
Kesal dan malu dgn tingkah sendiri
Hingga segan menghadapMu ya Ilahi…

Ya Allah
Aku hamba berdosa
Aku hamba hina
Apakah aku masih berharap?
Untuk menjadi insan solehah?
Setelah diri mengharung dosa
Ketika diri telah pelajari ilmu agama

Ya Allah…
Tegarnya aku
Membelakangi perintahMu
Melakukan tegahanMu
Dimana akal warasku?
Dimana benteng imanku?
Mengapa melulu mengikut nafsu?
Syurgakah atau nerakakah tempatku?

Kini ku bertatih lagi…
Cuba untuk berlari
Dari dosa yang sentiasa mengekori…
Mengharap kasih dan ampunan Ilahi
Agar terus dikasihani dan dirahmati…

Didepanku, kulihat maksiat
Dibelakangku, ku nampak dosa
Disisiku kulihat malapetaka
Ku berlari sepuasnya
Agar tidak terheret sama
Tak ingin ku ulangi
Tidak sekali-kali
Ku berlari dan terus berlari
Hingga ku tidak tahu
Kemana lagi harus kutuju
Kerna ku temui jua dalam diriku
Masih penuh maksiat dan dosa
Akhirnya ku rebah…
Menyembam sujud padaMu
Menagih keampunanMu
Mengharap agar airmata ini
Mampu membeli taubat nasuhaMu…ya Allah


Tuesday, January 10, 2012

Senyumlah...


Tentang SENYUM

Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).



jOm SoLaT..

Jam hampir pukul satu. Saya duk men’design’ blog ni. Isk.. banyak masa terbuang.. Dalam masa untuk berubah, saya kene istiqamahkan pendirian… jom solat AWAL…



Kenapa SUSAH?


Kenapa susah nak solat? Sebab nafsu.
Kenapa susah nak tinggal couple? Sebab nasu jugak.
Kenapa susah nak stop main game? Sebab nafsu jugak
Pendek kata, susah nak taat sebab suka ikut nafsu.